1st Speaker this year

  • January 18, 2009
  • adilah
  • No Comments
  • "Kriiiiiing!" After the recess bell rang, I walked with S down one floor and waited for a couple of my friends. While I was spying A, the same junior Chinese prefect from before who asked me not to eat in the classroom asked me another question today, "What are you doing here?" "I'm waiting for my friends." "Is anything going on there?" she was referring to the commotion from the science stream classes. "It's just that we're going to the Hall (closed one), so I think they're packing their bags." She then turned away and went down to the same floor where the commotion was. *** S telah mengajakku untuk turun ke pondok. Aku telah mengatakan kepadanya bahawasanya aku hendak menunggu dua orang kawanku. Dia berasa bosan lalu memberitahuku bahawa dia akan ke pondok dahulu. Setekah sekian lama aku menunggu keseorangan, aku pun mengalah turun separuh tingkat di mana terdapatnya pengawas tadi bersama seorang rakannya yang juga seorang pengawas cuma dia ini bertudung. Aku sedikit hairan kerana nampak S berdiri dengan menggalas beg sekolahnya yang berwarna hitam. "Eh, why are you still here?" "I'm waiting for you la. But then the pengawas won't let me." "Oh," ketawaku kecil. Sampai sahaja di pondok, S memberitahuku bahawa dia ingin membuat salinan IC untuk pendaftaran SPM yang akan kami hadapi dalam beberapa bulan lagi. Aku pun mengeluarkan kerja rumah Matematik yang telah diberikan Cikgu A pada awal pagi tadi. Belum sempat saya mahu membuat saya terpandang dua orang rakanku yang ku tunggu dari tadi sedang turun tangga. Aku melambai mereka. Mereka mendekatiku. A mengajakku ke bilik air. Aku pun menanyanya, "Kenapa tak pergi dengan LY tadi?" Dia pun memberi alasannya. Dengan rasa serba salah aku pun mengikutinya. Dari atas, di mana tandas berada aku lihat LY bercakap dengan seorang pengawas bertudung yang sedang mengerjakan sesuatu perkara. Kurang sedikit rasa serba salahku. Sekembalinya kami ke pondok, aku duduk di sebelah kawan kepada kawanku. "This is H's brother," terang LY. "I know." Aku pun memandangnya dan senyum, "Hi" "What's up?" sapanya kembali. Sesudah salam perkenalan tersebut, aku pun menawarkan kepada tiga orang rakanku untuk memakan Snek Ayamas bersamaku. Mereka masing-masing mengambil sesuatu dari lunchbox yang berisi cocktail sausages (with cheese inside, yum!) dan dua jenis bebola makanan laut yang telah dibeli ibuku semalam untukku. Tak masuk lagi sebiji cocktail sausages ke dalam mulut, aku terus ditegur oleh seorang pengawas bernama (yang pernah bersekutu bersamaku semasa sekolah rendah untuk dilayani oleh rakan sebaya Jepun kami yang bersekolah di Kuala Lumpur). Kami tidak sepatutnya makan di situ. "Ok...," aku menyimpan kembali makanan rehatku. Ini merupakan kali ke-2 pada 2 minggu pertama persekolahan bermula aku ditegur pasal habit makan gwe. Selesainya rehat, kami naik ke dewan tertutup yang berada di blok Tingkatan 3. Di situlah kami telah menghadapi peperiksaan dua tahun yang lalu. Aku melangkah masuk ke dewan. Aku nampak kawan-kawanku yang lain telah duduk di barisan hadapan. "Adi! Sit here," ajak E. "I don't wanna sit there. Nanti you kacau me. I'm going to sit at the back so I can kacau you," aku senyum kecil. Dia pun gelak. "Adi, Adi...," sapa FI. "Hi, F(I)," aku menyapanya kembali. A telah mengajakku untuk duduk dengannya tetapi LY mahu duduk di bawah kipas dan S tidak mahu duduk di tepi. Akhirnya, kami bertiga duduk di belakang mereka semua di kerusi yang berwarna biru pekat. Dah duduk je, aku pun makan. Apabila aku ingin keluar untuk membuang sampah, aku ditegur F pula, "Ha, makan!" "Eh, I belum makan eh tadi," aku lawan sambil aku berjalan menuju pintu. Di luar, aku ternampak seseorang yang berbaju ungu buat kali ke-tiganya hari ini. Kali ini aku yakin untuk mendapatkan perhatiannya. Dari atas, aku menjenguk ke bawah dan memanggilnya, "H!" Tak tahu nak cakap apa aku pun mengeluarkan kata-kata yang berikutnya, "Where's my 10 cents?" Dia merupakan kawanku yang sering buat lawak di dalam kelas dan setelah setahun bergurau senda dengannya, kini dia akan meninggalkan sekolahku ini. "Come down la," ajaknya sambil membuat isyarat tangan. Aku enggan lalu terus menanyakan lagi soalan yang sama kepadanya. Dia tidak menjawab lagi. Seorang rakan sekelas yang berada di sebelahnya telah menyuruhku mencari ketua kelas kami. Aku masuk ke dalam lalu melihat semua wajah untuk muka yang dicari-cari. Tidak kelihatan. Aku keluar kembali. Aku keluar untuk bersama LY dan S. Beberapa orang tingkatan 5 telah naik tangga dan melalui kami. Aku terserempak dengan K (yang pernah ke tadika yang sama denganku) lalu menanya pasal ketua kelas kami. Dia tidak tahu-menahu. Rakannya pula mengatakan, "Tu! The black one". Aku tertipu. Mereka pun masuk ke dalam. Aku melihat ke bawah dan menerangkan kepada orang yang mencarinya. Setelah semua yang terjadi aku pun masuk bersama LY yang telah diikuti oleh S selepas dia mengucapkan selamat tinggal kepada H buat kali terakhirnya. We were in for a very funny and insightful talk.
Add your thoughts

No Comments

  • No Comments

Add your thoughts

Log in now to tell us what you think this song means.

Don’t have an account? Create an account with SongMeanings to post comments, submit lyrics, and more. It’s super easy, we promise!